Followers

Tuesday, March 16, 2010

Sekufu

ape itu sekufu???selalu perkataan tu bermain kt bibir aku tatkala ade yg menanyakan ape kah ciri2 calon suami yg aku nak...aku bukan nye seorg yg cantik...yg mampu menarik perhatian semua lelaki kacak di luar sana...aku bukan seorang yg penh daya tarikan untuk menambat hati seorang insan bernama lelaki...aku bukan seorang yg baik untuk mendapat lelaki yg terlalu baik utk aku...memadai seorang insan yg terbaik untuk aku dunia akhirat...membimbing aku dikala aku jauh terpesong dari landasan yg sepatutnya...ye perkataan sekufu adalah perkataan yg tepat aku rasa untuk mendefinisikan ciri2 calon sebagai seorang suami....

so aku pon search la maksud sekufu n aku jumpe article ni...

Sekufu Dalam Perkahwinan Elak Pelbagai Masalah

Oleh: ZUARIDA MOHYIN

`DUDUK sama rendah, berdiri sama tinggi', 'Sama cantik sama padan' dan `Bagai pinang dibelah dua'.

Itulah kepelbagaian ungkapan yang sering benar diucapkan apabila hendak memuji kecantikan dan ketampanan sepasang pengantin baru. Luahan perasaan sebegini jelas membuktikan naluri kita sebagai manusia yang gemar kepada keindahan, dan menolak sesuatu yang tidak
sepadan atau tidak secocok.

Apatah lagi, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang hayat. Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari.

Kesesuaian atau sefahaman dalam memilih suami mahupun isteri, merupakan asas dalam membina keluarga Muslim. Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama turut diambil kira di dalam Islam.

Firman Allah s.w.t. bermaksud: Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujarat: 13)

Penolong Profesor di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 

Gombak, Dr. Amilah Awang Abd. Rahman dalam hal ini menjelaskan, apabila kita membicarakan soal sekufu atau `kafaah', kita tidak boleh melihat ia sebagai satu perkara yang terpisah daripada agama itu sendiri.

Menjadi satu kepentingan, agar umat Islam melihatnya sebagai satu keadaan yang menyeluruh kerana Islam sentiasa memandang sesuatu perkara itu secara global. Dalam isu kafaah ini, sebenarnya Islam mengutamakan kepentingan pembinaan keluarga itu sendiri, atau ia memandang jauh kerana keluarga di dalam Islam itu amat penting.

Bahkan ada yang mengatakan, keluarga merupakan buah pinggang kepada masyarakat. Ini bermaksud, kalau keluarga itu baik, maka baiklah masyarakat. Begitu juga sekiranya keluarga itu pincang, maka pincanglah juga masyarakatnya,'' kata Dr. Amilah sewaktu ditemui di pejabatnya. Hakikatnya terang Dr. Amilah lagi, keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam.

Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak.

Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya. Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.

Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai `al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.

Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga,'' jelas Dr. Amilah. Tambah beliau, menurut ulama fikah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya.

Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali. Namun wali mujbirnya iaitu bapanya contohnya, masih berhak untuk membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu.

Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh
dilangsungkan. Contohnya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya sebagai seorang wali mujbir dengan alasan lelaki tersebut tidak sekufu dengan anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak bapanya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kepada wali hakim atau wali selepasnya.

Begitu juga sekiranya seorang perempuan yang dipaksa berkahwin oleh wali mujbirnya, sama ada bapa ataupun datuk tetapi dia menolak dengan alasan bahawa perkahwinan ini tidak sekufu, maka dia berhak untuk menghalang perkahwinan ini. Jelas di sini, kata Dr. Amilah, bahawa semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting.Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkahwinan.

Sementara menurut Imam Shirazi, apabila seorang wanita ingin berkahwin dengan orang yang tidak sekufu, tidak menjadi kewajipan kepada wali mengahwinkannya. Manakala, bagi Imam Imrani pula, pemerintah tidak boleh mengambil alih ataupun wali tidak boleh dipaksa untuk mengahwinkah anak perempuan dengan pasangannya yang tidak sekufu.

Jelas di sini kata Dr. Amilah, sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua. Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu. (Riwayat al-Baihaqi)

Manakala di dalam kitab Fathul Qadir, ``Tidak boleh menikahkan seorang perempuan itu kecuali walinya dan mereka tidak akan menikahkannya kecuali yang sekufu''. Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah r.a. Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba. Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan  perkahwinannya atau bercerai.

Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu,  memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka. Kata Dr. Amilah lagi, ayat al-Quran yang begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yang ada ialah ayat yang agak hampir dalam masalah sekufu ini, iaitu surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kepada gadis dan wali sahaja, wanita yang berstatus janda juga perlu dititikberatkan soal sekufu.

Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya,  maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi)
Menyedari kepentingan sekufu ini, saran Dr. Amilah kepada ibu bapa dan remaja perempuan, agar mengambil berat mengenainya tetapi jangan bersikap terlalu rigid. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.

Menyentuh mengenai tahap pendidikan ujar Dr. Amilah, aspek pendidikan boleh dikaitan dengan profesion atau kerjaya dan penghayatan agama (ilmu agama).

Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan  dengan seorang wanita Ansar. Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah mengenepikan soal darjat antara kedua-duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama.

Begitu juga kisah sekumpulan orang-orang Ansar yang berkata kepada Ali bin Abi Talib, Alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah.'' Lalu Ali menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminang puterinya, Fatimah. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: Apa hajatmu wahai putera Abi Talib? Jawab Ali, Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Rasul menjawab: Marhaban Wa Ahlan. dan tidak berkata apa-apa lagi.

Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang menunggunya tadi. Mereka bertanya, Berita apa yang kau bawa?'' Ali menjawab, ``Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku, Marhaban.'' Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa sekufu dalam agama merupakan aspek penting dalam pemilihan jodoh. 


aku bukan memilih...hanya Allah mengetahui kehendak hambanya ini...berdoa n trus berdoa....

Wednesday, March 10, 2010

BZ kah aku!!!


hurm jujur aku cakap sejak smalam angen aku agaks x baik...sume makhluk yg aku pandang aku rase kecik je...(ye la da aku debab kan)rase nk sound je sume org...padahal diorang x dek salah pe pon ngan aku...ke aku skang neh dikategorikan sbg JIWA KACAU???

pg td dtg je lab aku trus wat keje rutin harian aku...pe lg wat streaking bacteria ngn culture da fungus...wat keje pon x dek smangat je...jap2 nengok jam...ingat plak cik ILA nak g cuti2 malaysia g langkawi...best nye...ala sowi la my fwen x bley anta g airport...keje...tp kan kul 10 td tentibe rase cam nk ikot g airpot kan...msg ILA...tp dia ckp diorg pon nek bus je...la plak da...hurm ok x pe...maka aku pon smbung keje aku yg kenkadang best n kenkadang x best la gak...sebab pe???sbab BUSUK...ye bacteria itu sgt BUSUK...

(gambar ni ehsan wak gugel)

ha cam ni la rupenye lbey kurang...ade mcm2 kaler lg...biru ada,kuning ada, oren ada...

ha nah ni gambo kulat plak...huhu kulat pe???korang carik la snirik namenye...

total smalam n ari ni je aku da wat 240 plates for bacteria n 80 plates for fungus...banyak ke???x la...sblum ni aku handle bout 500 plates fusarium...huhu...

disebabkan aku yg x dek mood n lbey bnyk berdiam diri maka aku pon wat la keje tanpa hirau kan org keliling...so da siap keje trus aku wat entry yg aku snirik x tau pe label yg patut aku letak...taram je la kan...

if aku rajin nanti aku cite lg keje2 yg aku wat kt lab PATOLOGI TUMBUHAN ni ek...

Tuesday, March 9, 2010

1st time keja keras tangan di blog ku!!!

apekah hasil keras tangan ku??jeng3...yeah...ni dia...sbnarnya aku mmg minat wat mende2 ni kalau nk dibandingkan dengan masak memasak...ehhh jgn salah paham plak...aku reti masak la...cume kenkadang malas menguasai diri je...hehe...tp kalo bab yg neh...xtido mlm pon aku okeh je...sbb pe???sbb aku mmg minat...dr kecik lg aku minat wat mende2 nih...hehe...ni kire 1st collection aku la...yg simple2 je...YG SBNRNYA ADA 7 BIJI ...eh bukan ade 4 pasang baju yg telah aku kerjakan...2 pasang bj aku, 2 lg bj raya mak ngan adik aku...weeehuuu...skang aku nak up lg...mgkin bley jd part time job sekaligus menjana pendapatan smpingan aku...(betul ke aku ni)...ok x nk bebel2 lg...ni dulu aku tunjuk...

 simple kan...yela da nama pon SAYA BUDAK BARU BELAJAR...wait for my next entry...hehe...last week 2 pasang bj lg aku kejekan...har2

Monday, March 8, 2010

The Biggest Loser!!!

haha tajuk gempak seh...gempak x???hehe...sbnarnye ni slh 1 azam baru taun 2010 aku ni...huhuhu badan naik bagai dipam2...sape kenal ELYA MASYA yg dulu mesti tau...seorang yg kurus kering tp makan kuat...sekarang sape ELYA MASYA???yeah...si debab yg tembam...huhu makan x dek la kuat pon...sehari makan sekali je...tu pon kenyang 4 da whole day...tp nape aku x kuyus2 gak ha???big question mark????hurm...da masuk bulan 2...aku nye berat fluctuate okee....jap statik jap trun...huhu sedey betul...aku bukan pe...kecantikan tu 1 hal la kan...yg penting kesihatan...lg pon family aku ade history penyakit 3 serangkai...sebelum terjebak baik mencegah kan...

so dengan ini aku amek alternatif terbaru untuk trunkan berat badan...ok2 trunkan kolestrol sudah la kan...huhu...nk try segala benda FIVE (5) ...ala yg tu  kan...kasi rampeng punye produk tu x mampu la plak beli ratus wooo...so aku pon bedal la oat...rase nye???ohhh tipu la if aku kate sedap sesangat kan...tp bley la...hehe masaelah nye...yg tu pon sekerat jalan...aku ni suke sgt hangat2 taik ayam...

last week g jusco kak ayu memperkenal kan quakes...minuman cokelat bersama quaker oat yg telah diblander...hehe...aku beli yg BESAR PUNYE...dengan harapan abeh 1 bungkus aku dapat trun 5kg ke kan...nengok la cam ne...best sbb aku kenyang sepanjang hari...hehe...
 
ha cam ni le rupe dia...tp aku gune ehsan wak gugel x jumpe plak yg aku beli...ini cookies...aku x beli yg ni...hehe
keh nanti ade perubahan aku kasi tau ek...ha ehem2 kak mud...ade bran mau join???jom2 ...hehe...sape lg nk kuyuskan badan???jom aku juz bg sokongan moral je la ek....kuang3

Thursday, March 4, 2010

THOBBLERRONE!!!


ok2 sile bace tajuk tersebut dalam bunyi jawa...amcam...siap ngan sabdu skali...hah nk tau nape tentibe terkeluarnye perkataan ni....ok2...cube nengok ni....
ha ni cokelat yg korang suke makan sngt tu kan...name dia TOBLERONE....cube nengok yg ni plak...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 
ha lbey kurang kan...x clear???jap2...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ha ni la mendenye...tu sebab kene sebut THOBBLERRONE...sebab ni kan TOBLERONE JAWA...aka tempe...tempe yg berbentuk 3 segi...hehe...nmpak sedap kan....ni kak mud yg goreng (Promote kak mud okee)...ha pe lg sila2!!!


Tuesday, March 2, 2010

very hectic weekend!!!!

hello hai...kali ni  aku nk cite la pe yg yg berlaku kt aku last weekend...bersesuaian ngan tajuk yg diberi...huh...mmg penat gilos....smpai ari ni aku sakit pinggang lg neh...da cam org tua pon ade gak...ala mmg da tua pon...ahaks...

kan Jumaat last week cuti sempena maulidur rasul...aku planning baik punye nk balik kg lame2...ilang kan rindu dendam kt family ngan umah aku tu...so kames mlm tu aku pon bersiap2 nk balik...tgh syok nengok cite Naomei tu tentibe msg bunyi...

R    :akak, cpt cek email?
aku :hah nape?
R    :cek je dulu...
aku :ok jap...

aku pon cek la ko ade urgent ke hape kan....tp x dek menda pon...melainkan FB nye notifications...

aku :xdek pape pon...pe benda nya sbnrynye?
R    :x pe kak...mlm kang sy bg tau..
aku :okla...

aku x de la anggp ade pape kan...maka lps solat maghrib aku pon gerak la nk g shah alam amek adik aku dulu kan...pnting tu...aku malas nk drive sbnrnya...hahaha...smpai je shah alam hset aku bunyi...telepon telepon berbunyi...

R    :akak kite berempat terpilih utk g interview sime darby...
aku :hah!!!!bile?
R    :27 feb...
aku :hah gile ka hape...27 feb tu sabtu...xpe...if ade rezki akak g...akak on da way blik kg neh...
R    :la ye ke...ok

ish bengkerk aku...ye la...if bg tau dr awl sng aku tukar planning ke hape ke kan...tp nmpak nye da lmbt...so truskan balik ke kg halaman yg permai tu...kepala serabut...adik aku plak ikut sabak bernam...adoi melompat2 aku dlm kete...smpai batu 8 abh n mak aku tunggu nk mkn mlm...ye la deme br dpt gaji kan...makan besor...sume besor...ikan besor...aku pon da besor debab da ni...balik umh aku pnt trus kebabom...tido...tau pe jd???aku mimpi g interview tu...pg sok nye tu aku dcide nk g gak la pon...mencuba nasib....

JUMAAT 26 feb

aku call mamat yg incharge mende tu pehtu setel...kuar bilik bekpes jap...aku pon ckp kt mak aku...hehehe

aku  :mak sbtu ade intvw...
mak :abeh tu nk balik trus ke hape (sdey je ayat kan)
aku  :ish xdek la...g balik ari kot...mak kan nk g nengok atok KL...bwk la opah skali...(baik punye idea memerangkap mak aku)
mak  :bley gak...

huh setel 1 prob...so nk amek ati mak aku nye pasal ptg tu aku ikt mak aku melayankan pokok2 dia tu...g la nursery...dpt la sepokok dua,tanah seketul dua dan gak pasu...

 
  

ha ni la hasil pembelian mak aku...aku punye la calculate dlm pale otak...mau nk dkt RM50 gak neh...skali tau bape???RM35 je pon...hehe...aku kagum mak aku dpt membajetkan dirinye...nk tau cam mane...ha ni la rahsianya...nmpak pokok sihat je kan...pasu cantek je kan...tp sebenarnya.....
 


hehe kame 2 branak mengorek nursery tu utk mendapatkan barangan rejek...so ni la mendenye...har3...gile kan...pasu besor bagak tu disebabkan reject rege nye jd la RM2...da cam kedai 2 hengget plak...pokok tu dr RM18 dpt la RM5...cincai la bak kate cina nursery tu...aku ngan mak aku sengeh2 cam kerang busuk...lantak situ...pokok tu idup nye...aku kan Dr pokok...kuang2....so setel ari jumaat nye kes...

SABTU 27 feb

ha ni la hari nye...penpagi da kuar umah nk menuju serdang...sbb nk kejar masa aku yg drive ikut highway...kul 11pg smpai....setel sume intvw, g umah atok KL...setel lg sume urusan kt KL aku pon balik...aku ngantok gile...so bg adik aku yg drive...ikut highway gak...mmg dia x bwk laju 100km/hr je....tp suke ikut rapat sngt...aku nk tido x senang...ish...payah betul....skali tu  ikut blakang lori rapat sgt...lane kanan sume laju2...so x bley masuk...da la nek bukit...kete aku da la lmbt pickup...kire cam brek mengejut la...mak aku pon bising...JGN LA LAJU SGT....hehe aku tau sbnrnye x laju pon...tp mls nk panjang cite kan...senyap je...adik aku pon x mo ngalah...NE ADA LAJU PON...yela2 x laju kan...tau pe adik aku wat...dia bwk 90km/hr je...hangen nye la aku...da la nk time mahgrib tu...nk kejar waktu solat ...so nk cr la RnR berdekatan...jumpe RnR ladang bikam ke hape ntah aku pon suh adik aku masuk...mak aku da sibuk tanye nk solat ke nk g toilet...aku senyap je...elok masuk parking aku cakap...DA BIAR AKAK YG BWK...huh puas ati aku...kang tgur laju sket...dibantainye laju sgt payah plak...x bley ditegur la katekan...aku yg bawk snng cite...mmg aku bantai 120/130km/hr...tp x dek la ikut rapat...akhirnya smpai T.intan ngan slamatnye....

AHAD 28 feb

planing asal nk balik pg senin telah berubah menjadi ptg ahad...sng aku nk setel sume benda...pg tu ckp kat mak...mak cam sdey je...tau pe dia ckp???cam ni..."DA LA ABAH G KURSUS 3 HARI"...adoiai serba salah aku dibuatnya...so x pe kene balik gak...then tmn mak aku g bli lauk...on da way balik umah mak aku masuk kt nursery lg...dpt lg 2 pokok...hebat mak aku...balik aku tlg tanam sket...ptg ade date ngan husna...penuh jadual aku kan...kalah menteri...

balik dr jumpe husna...pkul 6 gerak balik...adik aku yg drive...aku lelap2 aym kt tepi...smpai shah alam aku plak meneruskan perjalanan aku ke serdang...huhuhu...sungguh penat...

ni la dikatekan KITE MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN...sume yg berlaku x dirancang...tp ade himahnye kan???


Monday, March 1, 2010

all bout meoww!!!


last thursday, aku balik kg...sbnrnye on da way balik tu da rase ade mende yg x siap wat lg...jenuh aku piki...da sampai shah alam br aku ingt....laaaaaaaa aku jengok pokok aku kt glashouse...da la panas skang...risau rentung kejung je pokok aku tu...hurmm ...xpe...da separuh jln da...lgpon da mlm x kan nk patah balik...glashouse konpem kunci...so balik la ke kg ngan hati yg berbelah bahagi...sampai je umah...tau sape jemput aku???ha ni...en oneng ni jmput aku kt pagar umah ok...

da lewat mlm sgt aku pon kebabom...tido...so penpagi sok nye tu aku belek2 pasu munge mak aku...ye la dia suh buang pokok mane yg hidup segan mati x mau tu kan...mau ditanam pokok yg lain...maka aku memulakan operasi mega itu...tgh belek2 skali...ade pokok ni...macam aku kenal...ijau santek je plak tu...aku masuk umah tanye mak aku...

aku   :mak ade tanam pokok ke kt dlm pasu tu?
mak  :pasu mane?
aku   :ala yg ade pokok duri2 tu...
mak  :ntah mak pon da lupe da....
aku   :ok no hal punye...

korang agak pokok pe???pe plak relatednye pokok kt glashouse, pokok yg mak aku tnm kt pasu dengan menggunakan teknik cutting itewww dan gak en oneng???

Jeng jeng jeng...cam pe je kan...ha nebes la tu....
ok refer gmbr dibawah!!!


ni la en oneng yg aku ckp tu....

 
ni plak pokok misai kucing...aku suke panggey meow meow moustache(sensuke ati aku kan)...ala pokok yg aku risaukan sgt kt glashouse tu...

ala...pokok yg mak aku tanam tu pokok mata kucing...xsempat amek gambor la plak kan...ye la mase sibuk berkebun si oneng sibuk kaco aku...grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......

sume yg diatas melibatkab meowww da...x caye ke???





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails