Followers

Thursday, January 13, 2011

A.P.I



aku sure ramai yang nengok JUARA LAGU 25 baru2 ni kan...

mula2 nengok persembahan NOH HUJAN and PELITA, aku cam pelik...nape cedera bagai...ade gambar cam perang2...

then sumthing inside my head thinking...hurmmm...tajuk lagu A.P.I...so wat the relation both of this....

puas pikir n tertiba otak aku otomatik flashback zaman sekolah menengah...SUBJEK SEJARAH...loh A.P.I tu sebenarnya stand 4 Angkatan Pemuda Insaf...

meh kite nengok info ni...sumber wikipedia:

Angkatan Pemuda Insaf (API) merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak, oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek.
API adalah sebuah badan politik kiri dan sosialis Melayu yang pada asalnya merupakan sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Gabungan Pemuda Demokratik Sedunia dan Pertubuhan Lembaga Pemuda Bangsa Asia di Indonesia yang banyak mempengaruhi API dalam setiap sudut perjuangannya.

Parti ini diharamkan oleh kerajaan British pada 17 Julai 1947 dalam Warta Kerajaan Malaya Union. Tindakan mengharamkan pertubuhan yang berhaluan kiri itu adalah mengikut Ordinan Persatuan, 1947 (Societies Ordinance, 1947).

Tindakan mengharamkan API didakwa disebabkan kekacauan yang dilancarkan oleh AMCJA-PUTERA serta kegiatan-kegiatan golongan kiri yang dipelopori oleh API. Kerajaan British juga mendakwa asas-asas perjuangan API yang membahayakan melalui buku Testament Politik API yang ditulis oleh Ahmad Boestamam. API merupakan pertubuhan politik yang pertama diharamkan oleh British.

Ideologi dan perjuangan API

Tujuan berdirinya API sebagaimana yang terkandung dalam buku "Testament Politik A.P.I." adalah:
  • Menyatukan pemuda-pemuda insaf dalam satu barisan.
  • Mengukuhkan barisan perjuangan untuk bangsa dan tanah air.
  • Memberi latihan sahsiah, rohani dan jasmani kepada pemuda-pemudanya supaya bersedia menjadi pemimpin bila dikehendaki.
  • Membina semula Malaya mengikut fahaman demokrasi yang sejati berdasarkan kedaulatan rakyat.
  • Menuntut perwakilan dalam pemerintahan Malaya.
Sementara itu tuntutan API pula adalah seperti berikut:
  • Tuntutan politik: Negara merdeka, demokrasi tulen, pemerintahan datang dari rakyat dan faedah kebajikan untuk rakyat (dari rakyat untuk rakyat).
  • Tuntutan ekonomi: Gagasan ekonomi yang teratur dari rakyat untuk rakyat. Susunan ekonomi yang dipegang oleh negara.
  • Perubahan susunan masyarakat dan keadilan sosial: Keadilan sosial adalah merupakan kayu pengukur sama ada demokrasi berjalan sepenuhnya atau pun tidak. API menyatakan bahawa selagi ada susun kelas mesyarakat selagi itulah demokrasi tidak tulen. API mahukan penentangan kelas antara rakyat dihapuskan dalam masyarakat bangsa Melayu.
 Betul aku cakap...disebabkan persembahan mase JUARA LAGU tu baru aku tau maksud lagu tu...bukan untuk hiburan semata...bagus gak kan...tak terpikir sejarah2 cam ni akan dibuat lagu...then berjaya ke FINAL...

disebabkan lagu tu gak la aku tibe2 rajin bace balik pasal SEJARAH...

sebenarnya SEJARAH tu sangat penting untuk mengingatkan kite kisah2 kesusahan orang dahulu kala mengharungi hidup pada zama perang...

Kite skang ni da aman damai...tapi masih ramai lagi yang cuba2 sentuh hal sensitiviti ni...

ke nak kembali merasa zaman perang dulu2???

fikir fikirkan...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails