mesti seluruh persatuan pencuri seMALAYSIA sangat la bangga dengan pencapaian pencuri sekor ni...
agak2 pe yang dia curik ek???
cer bace kat bawah....
Rumah pusaka hilang dicuri
2011/03/10
KANGAR: Kecurian barangan dalam rumah mungkin jenayah biasa, namun seorang suri rumah di sini amat terkejut apabila mendapati rumah pusakanya yang terletak di Jalan Raja Syed Alwi dekat sini, hilang.
Kehilangan rumah kayu setingkat berusia 60 tahun itu disedari Zuria Ali, 30, Khamis lalu apabila dihubungi penduduk yang tinggal berhampiran rumah terbabit.
"Saya bergegas pulang ke Perlis keesokan harinya (Jumaat) dan terkejut kerana yang tinggal hanya tapak rumah dan 24 pelapik tiang konkrit," katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis pada hari sama.
Zuria, yang kini menetap di Taman Cahaya, Kampar, Perak, kelihatan sedih ketika ditemui hari ini kerana baginya, rumah itu menyimpan sejuta nostalgia memandangkan di situlah tempat beliau dibesarkan sehingga melangkahkan kaki ke alam perkahwinan.
Barangan peninggalan ibunya, Allahyarham Jahara Jasin, yang meninggal dunia pada 2004, dan disimpan di rumah itu termasuk perabot, peti sejuk serta pinggan, turut hilang.
Apa yang tinggal adalah barangan tidak berguna seperti televisyen rosak, cebisan papan buruk serta pelapik tiang konkrit.
Zuria berkata, rumah itu disewa pada kadar RM100 sebulan kepada seorang penduduk di kawasan terbabit dan kali terakhir penyewa membuat bayaran ialah Oktober lalu.
Penyewa rumah itu juga gagal dikesan namun motosikal yang dipercayai miliknya ditemui berhampiran tapak rumah berkenaan.
Surirumah itu berkata, beliau percaya pencuri terbabit menggunakan lori bagi mengangkut bahagian yang dirobohkan kerana bangunan rumah itu agak besar.
Penduduk berhampiran dikatakan melihat kerja-kerja merobohkan rumah itu pada Februari lalu dan tidak diganggu kerana mereka menyangkakan ia arahan pemilik rumah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
"Kes sebegini jarang berlaku. Kami sedang menyiasat mengenai status rumah terbabit serta puncanya, dan mereka yang bertanggungjawab mengambil rumah itu," katanya. - BERNAMA
amek ko...if nak pilih barang nak curi lambat sangat...hangkut la satu umah...tak ke senang...
tapi aku sangat wonder...cemana dia angkut umah tu...
cenggini kah???
ye la...si pencuri tu masih mengamalkan budaya orang melayu...tapi mesti la tak mungkin...angkut reramai mesti kecoh...paling tak kuar sound effect....
'satu dua tiga....yeahhhh'
'sket lagi sket lagi'
'arghhhhhhhhhhhh'
paling tak pon...
'ayoyo manyak berat wo...'
tapi sempena jemahat ni...aku bersangka baik...
cenggini kot dia angkut...tak banyak tenaga....orang pon tak perasan kot ngan bunyi enjin kete...kot2 jiran ingat ngah test power enjin ke drift ke kan...
apepon kretif sangat la ko wahai pencuri...
tak selamat ko dunia akhirat aniaya orang weh...
'mak cik julia, saya tak akan curi umah sewa makcik...sebab umah makcik bersambung sambung...umah teres la katekan...makcik jangan riso yer"
kepada tuan umah sekalian...sila rantai umah anda...
har har har
pitcha sponsored by wak gugel
No comments:
Post a Comment