Followers

Saturday, May 1, 2010

5 kesilapan lelaki yang menakutkan wanita...

dis week aku tersangat la rajin menaip segala fakta atau auta ehsan dari mingguan wanita...cam x dek keje je...

ok berbalik kepada tajuk diatas....mingguan wanita ada memberikan ulasan mengenai kesilapan yang dilakukan para lelaki dan akibatnye akan menakutkan kaum perempuan...aku cam berminat plak berkongsi info pasal benda ni ngan korang...

1)mengambil mudah sesuatu perkara
selalunye lelaki ambil sikap sambil lewa...ni membuatkan wanita makan hati dengaan kaum laki...pemikiran lelaki dan wanita tidak sama...biasanya lelaki tidak suke memikirkan hal yang remeh temeh berbanding wanita...

2)Terlalu fokus tentang seks
lelaki mempunyai 9 akal 1 nafsu...tak lain tak bukan adalah seks.jika di awal perhubungan anda sudah membicarakan tentang seks, itu menakutkan wanita...

3)Terlalu cemburu
sikap terlalu mengawal pasangan menakutkan wanita...or bahasa mudahnye terlalu cemburu...cemburu perlu ada tetapi jika keterlaluan membuatkan pasangan bosan...seperti tiada kebebasan untuk menentukan hala tuju sendiri...jadi jika anda meminati seseorang wanita itu, pastikan anda tidak terlalu cemburu dan mengawalnya...

4)Dilihat terlalu murah
sebagai lelaki anda sebenarnya mempunyai satu tanggungjawab yang besar dalam menentukan hala sesebuah  hubungan...di tangan anda lah rumah tangga akan terbentuk...oleh itu karisma anda sebagai pemimpin dan bukan lelaki murah haruslah ditonjol...tunjukkan diri anda mahal di mata wanita

5)tiada kriteria sebagai pemimpin
wanita masa kini ramai yang berpendidikan tinggi...oleh itu mereka juga akan memilih pasangan hidup yang setaraf dengan diri mereka...mereka agak gentar untuk memilih lelaki yang biasa-biasa saja..bagi mereka dari hidup berumah tangga dan terpaksa menanggung segala-galanya lebik baik hidup sendiri...jadi sebagai lelaki binalah karisma diri anda...perlihatkan anda memiliki kriteria sebagai ketua keluarga yang dinamik dan mampu membentuknya...

kriteria di atas bukan ade pada semua lelaki...don feel offended...ilek2...ade gak lelaki berkualiti...korang kat golongan mane satu  aku tak tau...lu pikir la senirik der!!!

ade gak golongan wanita yang mempunyai ciri-ciri diatas...fair kan!!!

everybody ain perfect rite...if da rase diri tak sesempurna mana so bersama la kita improve menjadi yg terbaik...jangan nak jadi bangau yang suke salahkan orang lain...takdir...

tip ni bley gak diaplikasi utk wanita...no kompromi keh!!!

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails