Negara kita masih lagi terasa dengan pemergian arwah din beramboi yang secara tiba-tiba…tapi kita mesti tak akan menyangka bahawa ada lagi pemergian yang sangat mengejut…ya Achik Spin telah ke rahmatullah sabtu 17/4/2010 akibat kemalangan jalan raya di exit pajam-nilai...
Baru Jumaat lepas, aku balik ke kampong…dalam perjalanan aku terdengar lagu terbaru Acik dan Nana berkumandang…bertajuk ‘Cari Ketenangan’…ni merupakan pertama kali aku mendengar lagu tersebut…dalam hati aku berkata ‘sedap gak lagu ni’…Sabtu sebelum kejadian aku ada menonton rancangan GAH 1 kat TV1 (aku tak sure sama ada rancangan tu merupakan HITS 1 yang telah di new brand kan menjadi GAH 1)…Achik dan Nana merupakan artis jemputan…mungkin untuk mempromosikan single terbaru mereka…aku tak amek pot sangat rancangan tu…cume yang aku perasan Achik kurang bercakap…(ke aku yang tak tengok sampai habis aku pon tak sure)…aku kan suke tukar-tukar chanel…
Malam tu tengah syok layan AF8, adik aku tibe-tibe cakap ‘Achik Spin meninggal’…aku pon cakap la ‘aik baru petang tadi nengok kat TV1…biar betul’…then adik aku cakap ade kat dalam Facebook…gagah aku tunggu berita pkul 12 malam…memang betul brita tu…
Wife achik aku rase seorang yang sangat tabah dan kuat mengharungi ujian…dulu diuji dengan kehilangan puteri sulung…kini kehilangan suami yang tersayang…
Petang dalam keadaan sihat walafiat, malam meninggal…insaf…mungkin disebabkan Achik merupakan artis…orang yang dikenali…cuba bayangkan orang lain yang bukan artis….dalam setiap saat berlaku kematian…cuma kita tidak mengenali mereka…huhu…beringat la kita wahai manusia …hidup cuma sementara…bila-bila kita boleh dijemput yang maha Esa…
Semoga roh Achik dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman…
No comments:
Post a Comment