Followers

Wednesday, June 2, 2010

Peragut Salah Rompak!!!

sumber: sinar harian

SEBERANG PERAI SELATAN – Malang sungguh nasib kumpulan peragut ini. Sudahlah beg yang dilarikan hanya berisi bihun sup, mereka pula dicekup polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, pihaknya memburu kumpulan berkenaan selepas menerima aduan mangsa, seorang wanita yang begnya berisi bungkusan bihun sup diragut di sini, 21 Mei lalu.

"Berdasarkan aduan wanita itu, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Gamelan Indah. Dalam serbuan itu, dua suspek berusia 17 dan 20 tahun berjaya diberkas manakala dua lagi melarikan diri," katanya.

Shafien berkata, mereka yang ditangkap didapati positif dadah.

"Polis turut merampas dua rangka motosikal, enjin motosikal dan sebuah beg tangan. Semua barangan itu dipercayai hasil curi termasuk ragut," katanya.

Menurutnya, siasatan polis mendapati kumpulan itu aktif dalam kegiatan ragut dan samun di sekitar daerah ini dan dipercayai terlibat sekurang-kurangnya dalam sembilan kes.

Shafien berkata, kumpulan itu bergerak dengan menunggang motosikal dan apabila tiba di persimpangan lampu isyarat, mereka memecahkan cermin kereta mangsa dengan objek keras sebelum melarikan apa sahaja barangan berharga yang sempat dirampas terutama beg tangan dan komputer riba yang diletakkan di tempat duduk hadapan.

kelakar kan bace cite ni...ni pon aku terbaca dari forum...jenuh aku tahan gelak...forumer bagi komen lawak nak mampus...

padan la muke perampok ittew...ingat duit bekepok...upenye bihun sup sebungkus...

"der cukup ke sebungkus der???"

masuk lokap tu sumbatkan je mulut deme ngan bihun sup banyak2...biar sampai kembung perut...nengok insap ke tidak...

tapi cam tak akan insap je aku rase...yeke???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails